Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua!
Saya percaya bahawa semua insan patut, berhak dan mampu mencapai tahap bebas kewangan. Melalui pendidikan semula dan bimbingan secara konsisten, ianya pasti dapat dicapai oleh sesiapa sahaja yang benar-benar mahu mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Samaada Anda seorang peniaga atau pekerja, Anda mampu mencapai impian Anda. Majlis Pembangunan Usahawan Rakyat ditubuhkan untuk memperjuangkan peningkatan tahap ekonomi dan kewangan keluarga dengan cara yang praktikal dan dengan cara yang menggunakan 'best practices' yang mana telah diuji dan diukur keberkesanannya.
Kami bersikap 'neutral' dalam politik dan kami akan menyokong sesiapa sahaja yang berkongsi matlamat yang sama dan mereka yang mahu melihat negara ini menjadi negara maju yang semua rakyatnya mempunyai kekuatan kewangan dan ekonomi yang kental.
Ayuh sertai perjuangan kami dengan menyertai program-program kami dan sessi bimbingan kami. Apa yang penting bukanlah berapa banyak yang Anda tahu tetapi Apa yang Anda lakukan tentang apa yang Anda tahu?
Sekian dahulu,
Pengasas Bersama
Fadzil Hashim & Affandi Hamzah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment